Fasha Sandha nyata sekali kurang selesa dengan senario yang berlaku di kalangan sesetengah pelakon, baik yang dewasa mahupun yang kecil.
Menurutnya isu kurang menghormati orang yang lebih tua serta bersikap sombong terhadap staff dan krew produksi kini turut dialami dalam kalangan pelakon kanak-kanak. Agak kurang senang apabila mengetahui masalah seperti ini boleh berlaku kepada golongan mereka.
“Kebanyakan sekarang, budak-budak kecil tidak begitu menghormati orang tua.“Begitu juga pelakon kanak-kanak. Ada yang datang ke set (lokasi penggambaran) dengan kekwatnya (sombong) mengalahkan diva.“Ada juga yang bukan sahaja tidak berbaik-baik dengan krew produksi, malah tidak menghormati krew yang jauh lebih tua daripada mereka,” kata Fasha Sandha.
Budak-budak kecil tidak begitu menghormati orang tua – Fasha Sandha
Pelakon kanak-kanak ni sebenarnya pelapis bagi generasi akan datang, tidak sepatutnya mereka mengamalkan sikap seperti ini kerana mereka yang terlibat di belakang tabir juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kerjaya seseorang selebriti itu.
Bagaiamanapun, Fasha tidak menyebut mana-mana pelakon kanak-kanak yang dikatakannya bersikap seperti itu sebaliknya mengakui sangat senang bekerjasama dengan pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi di dalam telefilem, ‘Hidupku Solatku Matiku’.
Kepada barisan pelakon kanak-kanak yang ada, tolonglah jangan bersikap seperti ini okay. Hormat orang yang lebih tua itu merupakan amalan yang patut disemai di dalam diri. Nanti bila orang dah tak suka kita, kemungkinan populariti anda akan jatuh, betul tak?
No comments:
Post a Comment