Saturday, July 25, 2015

Renungan kepada semua pelakon kanak - kanak

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum,
Saya berharap agar pelakon kanak - kanak Malaysia baca blog ini ataupun ibu bapa atau penjaga mereka. Kalau ibu bapa atau penjaga baca, tolonglah pesan dekat mereka info yang saya nak sampaikan...

Ada seorang perempuan menegur kelakuan pelakon kanak-kanak selain daripada Fasha Sandha. Dia berpesan agar jangan sombong. Kita semua asal dari Allah. Nabi Adam. Kanak-kanak yang sebaya dengan mereka adalah sepupu ! Walaupun tidak kenal ! [ dengan nada yang tinggi ]. Saya sayang kanak- kanak. Tak mahu mereka rosak! Mereka waris . Tidak kira pelakon mahupun kanak-kanak biasa.

Saya pun setuju dengan apa yang dikatan olehnya. Saya pun tanya lagi soalan iaitu, Apa yang harus kita buat kalau mereka sombong ?

Dia pun menjawab , sebenarnya, hanya Allah sahaja yang boleh sombong. Manusia tidak boleh sombong. Tahu atau tidak bahawa siapa yang sombong di atas muka bumi ini NERAKA telah menunggunya. Satu lagi, SOLAT, MENGAJI, BERIBADAT, mereka harus buat jangan tinggal walau sesibuk manapun. Kalau krew atau sesiapa lah tanya kenapa lambat jawablah , saya pergi solat sekejap. Ok 1 hari je dia nak marah pun. Neraka banyak tahun....  Satu lagi pembelajaran. Jangan ketepikan. Agama penting pelajaran pun penting.

Dia juga kongsikan bahana meninggalkan solat :

Subuh : dicampakkan ke dalam neraka selama 60 tahun. Di neraka, 1 tahun di neraka bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. Astaghfirullah

Zohor : dosa seperti membunuh 1000 orang muslim. Astaghfirullah

Asar : Dosa seperi meruntuhkan Ka'abah. Astaghfirullah

Maghrib : dosa seperti berzina dengan ibu dan bapa sendiri. Astaghfirullah

Isyak : Allah SWT berfirman " hai orang - orang yang meninggalkan solat Isyak , bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumiKu dengan menggunakan nikmat - nikmati segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.
DAN.. BALASANNYA...

akan ditempatkan ke neraka bersama orang - orang yang rugi seperti orang kafir dan firaun.


Di situ saja noktah perbualan kami... nah buat renungan semua termasuklah pelakon kanak - kanak Malaysia mahupun kanak - kanak biasa ........


Di sini sahaja buat hari ini. Assalamualaikum. Bye.

Rancangan Menarik untuk ditonton yang dilakonkan oleh pelakon kanak-kanak Malaysia

Assalamualaikum, hari ini admin ingin menceritakan sedikit
Rancangan Menarik untuk ditonton yang dilakonkan oleh pelakon kanak-kanak Malaysia yang admin tahu...

Antaranya ialah...

Anak Badang .......  ( Eunous Madeonus )
Mini Parlimen ...... ( Ramai )
Ku Petik Dosa ...... ( Farah )
Pelarian .................( Putri Balqis Azizi )
Kapal Kertas ........( Eunous Madeonus )
Cinta Ramadhan ...( Rykarl Iskandar )
Baby Ana Milik Siapa ( Jelita Murni Kako )
Takbur Seorang Isteri ( Rafael El Arash & Rykarl Iskandar )
Nur Ramadhan ....( Putri Balqis Azizi )
Wadi ....................( Sittee Khayrisyah dan Sittee Khayreena )
Menggenggam Janji ( Sittee Khayrisyah )
Hidupku Solatku Matiku ( Putri Balqis Azizi )
Balqis ................( Putri Balqis Azizi )


Dan Lain-lain. Siapa yang tahu lebih banyak dari saya boleh lah kongsikan di ruang komen ye...

Haa... Sebelum mengundur diri, korang semua kenal tak budak Farah tu ( Ku petik dosa ) Kalau tak kenal.. Haa ni lah gambar dia....





Comelkan...

Oklah.. Ini je buat hari ni, Assalamualaikum.. Bye

Friday, July 24, 2015

Fasha Sandha Tegur Pelakon Cilik Yang Sombong

Fasha Sandha nyata sekali kurang selesa dengan senario yang berlaku di kalangan sesetengah pelakon, baik yang dewasa mahupun yang kecil.
Menurutnya isu kurang menghormati orang yang lebih tua serta bersikap sombong terhadap staff dan krew produksi kini turut dialami dalam kalangan pelakon kanak-kanak. Agak kurang senang apabila mengetahui masalah seperti ini boleh berlaku kepada golongan mereka.
“Kebanyakan sekarang, budak-budak kecil tidak begitu menghormati orang tua.
“Begitu juga pelakon kanak-kanak. Ada yang datang ke set (lokasi penggambaran) dengan kekwatnya (sombong) mengalahkan diva.
“Ada juga yang bukan sahaja tidak berbaik-baik dengan krew produksi, malah tidak menghormati krew yang jauh lebih tua daripada mereka,” kata Fasha Sandha.

Budak-budak kecil tidak begitu menghormati orang tua – Fasha Sandha

Pelakon kanak-kanak ni sebenarnya pelapis bagi generasi akan datang, tidak sepatutnya mereka mengamalkan sikap seperti ini kerana mereka yang terlibat di belakang tabir juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kerjaya seseorang selebriti itu.
Bagaiamanapun, Fasha tidak menyebut mana-mana pelakon kanak-kanak yang dikatakannya bersikap seperti itu sebaliknya mengakui sangat senang bekerjasama dengan pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi di dalam telefilem, ‘Hidupku Solatku Matiku’.
Kepada barisan pelakon kanak-kanak yang ada, tolonglah jangan bersikap seperti ini okay. Hormat orang yang lebih tua itu merupakan amalan yang patut disemai di dalam diri. Nanti bila orang dah tak suka kita, kemungkinan populariti anda akan jatuh, betul tak?


Assalamualaikum

Pelakon kanak-kanak Malaysia

Mohammad Eunous Madeonus
Mia Sara Nasuha


 Danish Hazriq

                Jelita Murni Kako
                     Putri Balqis Azizi
Firdaus Ghufran dan Muntazar Ghufran 
 Rafael El Arash dan Rykarl Iskandar
 Arissa Afrina
 Nur Aisyah Humariah
  Nur Qistina Raisah
 Sittee Khayrisyah & Sittee Khayreena
 Rykarl Iskandar
 Rafael El Arash
Setakat ini sahaja untuk hari ini. Assalamualaikum...